02 Ogos 2011

MONTAJ RAMADHAN SK SERI TENGAH

selamat menyambut bulan RAMADAN...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN KEPADA SEMUA WARGA SK SERI TENGAH DAN SELURUH UMAT ISLAM... PELBAGAI AKTIVITI AKAN DIADAKAN SEPANJANG BULAN MULIA INI.

14 Julai 2011

MENENTUKAN ARAH KIBLAT SURAU BARU-14/07/2011 (KHAMIS

Pada hari Khamis (14/07/2011) jam 10.45 pagi, tiga orang pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Johor telah datang ke SK Seri Tengah untuk menentukan arah kiblat bagi surau baru yang akan dibina bersebelahan makmal komputer.Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Johor kerana telah menghantarpegawai mereka untuk tujuan tersebut.

02 Julai 2011

LARIAN 1M1S1M - SABTU 02/07/2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia. SK Seri Tengah juga tidak ketinggalan mengadakan program 1M1S1M pada hari tersebut (Sabtu - 02/07/2011)bertempat di padang sekolah pada jam 7.45 pagi. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Asiah Binti Halib (Guru Besar) SK Seri Tengah.Tahniah diucapkan kepada JK Pengelola Program Larian 1M1S1M kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut dengan jayanya. "1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA"

24 Jun 2011

PERTANDINGAN LANDSKAP NEGERI JOHOR

Pada 20/06/2011 (Isnin)- SK Seri Tengah telah dikunjungi oleh 10 orang pemantau dari Jabatan Landskap Negeri Johor.Tujuan kunjungan mereka ialah untuk membuat pemantauan landskap sekolah ini, kerana ini merupakan pertama kali SK Seri Tengah menyertai pertandingan landskap. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program ini.

27 Mac 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 2011

Mesyuarat Agung Pibg 2011 Slideshow: SK’s trip to Yong Peng, Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Yong Peng slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

28 Februari 2011

Majlis Perpisahan En Mohd Noor Bin Makpol- 28/02/2011

KURSUS LDP (HEADCOUNT) - 26/02/2011 (SABTU)

KURSUS LDP PERINGKAT SEKOLAH 2011 Kursus ini telah dijalankan pada 26/02/2011 bertempat di Makmal Komputer SK Seri Tengah. Sasaran ialah semua guru SK Seri Tengah. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Hassan Bin Salleh (Pen.PPD Pengurusan Akademik). Tajuk yang disampaikan oleh beliau ialah mengenai HEADCOUNT. Kursus ini telah dapat memberi kefahaman yang lebih kepada guru-guru sekolah ini.

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA/PEN KETUA KELAS 2011

24 Februari 2011

OLAHRAGA MSSC YONG PENG 2011

Pasukan Olahraga SK Seri Tengah telah menghantar beberapa orang peserta mewakili sekolah dalam olahraga MSSC Yong Peng 2011 di padang Majlis Daerah Yong Peng mulai 23-24 Februari 2011.Pasukan SK Seri Tengah telah diiringi oleh beberapa orang guru iaitu En Yusnizam, En Mohamad Asri, En Abd Syukor, Pn Siti Daliah dan Pn Hjh Haszura.

13 Februari 2011

GOTONG-ROYONG MENGEMAS BILIK GURU

Sabtu (12/02/2011)- Selepas larian Mahkota Perdana selesai dijalankan, semua guru SK Seri Tengah telah bersama-sama mengemas Bilik Guru. Kerja ini telah diketuai oleh En Nordin Bin Adnan (GPK KK) sekolah ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah bersama-sama mengemas bilik guru.

07 Februari 2011

SK SERI TENGAH BANJIR LAGI.........

Banjir Di SK Seri Tengah - 07/02/2011 (Isnin) Beberapa kawasan sekitar sekolah telah dinaiki air seperti diluar bilik darjah Pra Sekolah,taman pra sekolah,dan kawasan sekitarnya.

07 Januari 2011

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Tengah telah dibina pada 24.04.1949 secara bergotong royong oleh penduduk kampung. Sekolah ini didirikan berhampiran dengan masjid Kampung Parit Tengah kira-kira 2 kilometer daripada Jalan Muar ke Yong Peng. Pada masa itu hanya ada 3 bilik darjah sahaja dengan keluasan 60 kaki x 20 kaki. Pada tahun 1956 sekolah ini telah dipindahkan ke suatu tapak yang diperolehi daripada En Mokri Bin Hj Salleh, iaitu kira-kira 4 kilometer daripada Jalan Muar ke Yong Peng. Keluasan tapak baru ini ialah 4 ekar 15 pool. Kampung Parit Tengah ini adalah kawasan rendah dan berpaya, maka keadaan tapak sekolah yang pertama dan baru ini sering dinaiki air dan banjir apabila musim hujan. Sekolah ini mengandungi 6 bilik darjah dengan ukuran 120 kaki x 48 kaki. Pada tahun 1982, sebuah bangunan tambahan dibina dengan mempunyai 4 bilik darjah yang bertaraf separuh kekal. Pada tahun 1994 pula, sebuah bangunan satu tingkat telah dibina dengan ukuran 35 kaki x 135 kaki. Tingkat bawah menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup, bilik darjah, setor-setor dan tandas. Manakala tingkat atas mengandungi 4 bilik dan satu daripadanya diubahsuai menjadi Pejabat dan Bilik Guru Besar. Sementara satu bilik telah dijadikan Bilik Guru. Sekolah ini mempunyai 3 blok dan sebuah kantin telah didirikan di hujung bangunan berhampiran dengan Bengkel Kemahiran Hidup (tingkat bawah).

05 Januari 2011

AKTIVITI KOKURIKULUM 2011

PERJUMPAAN AKTIVITI KOKURIKULUM - 05/01/2011 JAM : 7.30 pagi-8.30 pagi tempat : Dataran Kejat,Dewan dan Makmal Komputer Mulai tahun 2011, aktiviti kokurikulum SK Seri Tengah akan diadakan pada setiap hari Rabu. Semua guru dan pelajar diwajibkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti tersebut.