SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Tengah telah dibina pada 24.04.1949 secara bergotong royong oleh penduduk kampung. Sekolah ini didirikan berhampiran dengan masjid Kampung Parit Tengah kira-kira 2 kilometer daripada Jalan Muar ke Yong Peng. Pada masa itu hanya ada 3 bilik darjah sahaja dengan keluasan 60 kaki x 20 kaki. Pada tahun 1956 sekolah ini telah dipindahkan ke suatu tapak yang diperolehi daripada En Mokri Bin Hj Salleh, iaitu kira-kira 4 kilometer daripada Jalan Muar ke Yong Peng. Keluasan tapak baru ini ialah 4 ekar 15 pool. Kampung Parit Tengah ini adalah kawasan rendah dan berpaya, maka keadaan tapak sekolah yang pertama dan baru ini sering dinaiki air dan banjir apabila musim hujan. Sekolah ini mengandungi 6 bilik darjah dengan ukuran 120 kaki x 48 kaki. Pada tahun 1982, sebuah bangunan tambahan dibina dengan mempunyai 4 bilik darjah yang bertaraf separuh kekal. Pada tahun 1994 pula, sebuah bangunan satu tingkat telah dibina dengan ukuran 35 kaki x 135 kaki. Tingkat bawah menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup, bilik darjah, setor-setor dan tandas. Manakala tingkat atas mengandungi 4 bilik dan satu daripadanya diubahsuai menjadi Pejabat dan Bilik Guru Besar. Sementara satu bilik telah dijadikan Bilik Guru. Sekolah ini mempunyai 3 blok dan sebuah kantin telah didirikan di hujung bangunan berhampiran dengan Bengkel Kemahiran Hidup (tingkat bawah)